Friday, 14 November 2014

PART 9:

Hari 8: 12 September 2014

Itenerary hari ini ke Hiroshima. Perjalanan ambil masa 1 jam 17 minit; bertolak pukul 7.00 pagi dari Hakata dengan train Shinkansen Sakura 540 dan tiba di Hiroshima pada pukul 8.17 pagi. 





1. Miyajima

Sampai je di Hiroshima, terus ke destinasi pertama Miyajima. Miyajima merupakan sebuah pulau kecil terletak kurang daripada satu jam di luar kota Hiroshima. Pulau terkenal kerana di sini terdapat sebuah torii gate yang besar, yang terapung di atas air. View kat tempat ni telah diberi ranking sebagai salah satu daripada view paling menarik di Jepun. Nama pulau ni sebenarnya Itsukushima, tapi ia lebih sering disebut sebagai Miyajima, Ada juga hotel kat pulau ni kalau ada yang nak bermalam di sini boleh juga.

Untuk ke sini dari Hiroshima ambil train ke Miyajimaguchi Station. Dari situ, jalan kaki sikit (dalam 5 minit) ke terminal feri. Dari jeti naik JR ferry ke pulau ambil masa dalam 10 minit. Naik feri ni pun boleh guna JR pass.



Train ke Miyajimaguchi

JR ferry


Kalau ada banyak masa boleh le explore semua tempat kat pulau ni. 
Cable car pun ada.








Banyak betul rusa berkeliaran, jinak pulak tu




Ni lah dia Torii gate tu


Banyak kedai-kedai jual souvenir


2. Hiroshima 'Meipuru-pu' loop bus

Untuk pusing-pusing sekitar bandar Hiroshima, bagi yang ada JR pass boleh naik 'Meipuru-pu' loop bus ni percuma. Bas ni akan pusing dan berhenti di tempat-tempat menarik termasuk tempat-tempat sejarah, castle, muzium dan tempat shopping. Ada 11 perhentian semuanya. Nak kenal bas ni senang je, bas ni comel je dan berwarna merah. Kalau dari Hiroshima station tunggu dekat depan Hotel Granvia Hiroshima yang terletak bersebelahan dengan Hiroshima station (Shinkansen-guchi entrance).




Ada juga 'tram' untuk pusing-pusing dalam bandar tapi tak cover dengan JR pass


3. Atomic Bomb Dome

Bangunan ni merupakan sisa kesan bom atom di Hiroshima yang tinggal dan masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Kesan kerakusan, kekejaman dan keganasan manusia... yang menjadi mangsa orang awam yang tidak bersalah.





4. Hiroshima Peace Memorial Park ( Children Peace Monoument)

Children Peace Monoument (Tugu Keamanan Kanak-kanak) dibina dan ditujukan kepada dunia sebagai lambang kedamaian. Tugu ini telah diilhamkan dari kisah Sadako Sasaki, seorang kanak-kanak yang terselamat dari bom atom tetapi kemudiannya mengalami penyakit leukemia. Kanak-kanak ini berazam untuk melipat 1,000 kren origami (simbol panjang umur) sebelum dia meninggal dunia. Tetapi hanya sempat selesaikan 644 origami sahaja. Baki 356 lagi kemudiannya disiapkan oleh rakan-rakan sekolahnya..




5. Hiroshima Peace Memorial Museum

Fakta sejarah pada 8.15 pagi, 6 Ogos 1945, bom atom yang pertama di dunia dijatuhkan di kota Hiroshima. Letusan pada pagi itu telah memusnahkan lebih 76,000 bangunan di bandar ini. Muzium ini dibina dalam kawasan Peace Memorial Park dekat dengan pusat gempa bom tersebut dan menempatkan pelbagai bukti sejarah berkenaan.


6. Hiroshima Castle

Jepun ni memang banyak istana lama. Yang ini Hiroshima Castle - yang asal dibina pada tahun 1590-an, tetapi telah dimusnahkan semasa bom atom pada 6 Ogos 1945. Kemudian istana ini dibina semula pada tahun 1958, dengan rekabentuk asal.




7. Gokoku Shrine

Macam istana lama juga, shrine pun banyak kat Jepun ni dan masing-masing ada sejarahnya tersendiri.



8. Urbain Hiroshima Executive Hotel

Hari ni balik hotel petang dah tak keluar lagi dah sebab penat sangat. Lagipun kat hotel ni boleh rehat kat lounge dia. Ada soft drink & coffee/tea complimentary - tersedia 24 jam. Minum le banyak mana pun - free..





No comments:

Post a Comment