Hari 7: 11 September 2014
Pagi ni ke destinasi seterusnya ke Fukuoka (Hakata) dan Nagasaki. Bullet train (shinkansen) sampai Hakata je; dari situ ambil express train ke Nagasaki.
Dari stesen Shin-Osaka ke Hakata ambil masa 2 jam 40 minit. Kami ambil train pukul 7.15 pagi tiba di Hakata pukul 9.56 pagi dengan train Shinkansen Sakura 545. Train ni lebih selesa dari train shinkansen yang kami naik sebelum ni. Gerabak dia lagi baru dan seat lebih luas (susunan 2-2). Shinkansen Hikari yang kami naik sebelum ni seat dia susunan 3-2.
Shinkansen Sakura 545 : Shin-Osaka ke Hakata
Untuk perjalanan train dari Hakata ke Nagasaki pun ada view menarik boleh tengok. Pilih seat sebelah kiri untuk tengok view Ariake Sea sebab train ni akan lalu tepi laut.
Ltd Express Kamome 19 : Hakata ke Nagasaki
Ariake Sea - pemandangan dari dalam train
Nagasaki merupakan bandar pelabuhan kecil di pantai barat Kyushu. Nagasaki juga terkenal kerana menjadi sasaran kedua bom atom dalam Perang Dunia 2. Nagasaki diserang pada pukul 11:02 pagi 9 Ogos 1945.
Sistem pengangkutan utama dalam bandar Nagasaki ialah tram.
Kat Nagasaki ni kami singgah kejap je. Petang tu juga balik semula ke Hakata... mentang-mentang train free, boleh pulak singgah kejap macam tu je... hehe.. Gambar-gambar kat bawah ni lagi view dari dalam train Ltd Express Kamome 28 Nagasaki ke Hakata.
Hakata Station ni pun besar dan ianya merupakan station terbesar dan paling sibuk di bahagian Kyusu. Kat tingkat atas station ni ada ruang pameran / muzium model-model keretapi boleh le kalau nak melawat. Masa sampai kat station ni petang tu, ada le nampak kat satu sudut tu ramai orang kumpul mengadap ruang yang bertutup dengan cermin. Ingatkan tengok apa, rupanya dalam tu ada DJ radio tengah 'on air', so diorang ni kira peminat DJ tu lah. Haha.. first time sepanjang kat Jepun ni nampak orang jepun yang saja-saja buang masa buat kerja tak berfaedah macam tu.. ada juga rupanya...
Hakata Station
Ruang pameran keretapi kat tingkat atas stesen
Studio DJ radio tengah 'on air'.
Siap tongkat dagu lagi makcik baju belang-belang kat belakang tu.
Peminat setia le tu agaknya...
Kat Hakata kami menginap di Hotel Sunline Fukuoka.. dalam 10 minit jalan kaki dari stesen. Masa nak cari hotel ni ada le kami terlepas simpang jalan masuk. So, saja le tanya orang kat satu kiosk tepi simpang tu. Ingatkan dia cuma akan tunjuk macam tu je simpang yang betul. Rupanya dia siap ambil handphone dia dan google, Lepas tu dia tinggal je kerja dia (tapi ada le sorang lagi pekerja kat kiosk tu), suruh ikut belakang dan dia bawak sampai betul-betul depan pintu hotel.. mak ai.. sampai macam tu sekali punya lah nak tolong...
Lepas dinner jalan kaki dari hotel ke Canal City - kompleks membeli belah dan hiburan di Hakata.

pokok cili lagi
Puas round kat Canal City ni nak cari set sudu dan chopstick ada orang kirim tapi tak jumpa kat sini. Barang-barang lain banyak lah. Takpa, esok-esok je lah cari kat tempat lain.
OK, sedikit tips dan adab ketika membeli belah dan membuat pembayaran di kaunter. Kat Jepun biasanya pelanggan tak beri duit secara langsung kepada juruwang. Ada dulang kecil dekat dengan cashier. So, letakkan duit kat situ dan kalau ada baki biasanya juruwang akan kira satu persatu di depan kita bagi sama-sama nampak dan puashati kemudian mereka akan letakkan baki kat dalam dulang tu.
Kalau kita nak beri sesuatu yang berharga secara langsung kepada seseorang (kad kredit sebagai contoh, atau business card), pegang kad tersebut dengan kedua-dua tangan dan beri sambil mengangguk sedikit. Orang melayu kalau beri dengan tangan kiri kira kurang ajar kan, tapi kat sini beri dengan kedua-dua tangan itu lah yang paling beradab.
Dan kalau membeli di outlet atau butik yang ada jurujual yang ditugaskan untuk layan customer, macam kat kedai jam contohnya, mereka akan bungkus barangan yang kita beli tu elok-elok, lepas tu, mereka akan pegang beg tu dan iring sampai pintu kedai. So, kalau kena situasi macam tu biar je lah, itu budaya mereka.
Lagi satu kalau kita beli barang-barang yang biasa orang jadikan souvenir, biasanya cashier akan offer kita plastik atau beg kertas extra. Macam kalau beli coklat yang di pek cantik contohnya, kalau kita beli 5 pek, dia akan masukkan beg extra lagi 4 keping untuk dibawa balik.
Dah terlanjur cerita pasal souvenir, kat Jepun ni ada coklat halal yang boleh dibeli iaitu coklat jenama Meiji. Coklat ni made in japan dan menggunakan minyak sayur. Rujuk laman web http://halallist.wordpress.com/halal-food-2/
Lagi satu coklat jenama Royce; memang sangat sedap... pun menggunakan minyak sayur. Yang ini boleh cari kat airport kedai duty free. Tapi hati-hati coklat Royce ada beberapa jenis yang mengandungi alkohol tapi diorang dah senaraikan yang mana ada alkohol, so jangan le beli yang itu. Yang ada alkohol nama dia 'Nama Champagne', 'Nama Bitter', 'Nama Au Lait', 'Nama Maccha' dan "Rum Raisin Bar Chocolate'. Rujuk laman web : http://www.royce.com.my/royce-chocolate-faq.
Coklat Royce yang macam gambar kat bawah ni memang lah sedap giler.. yang kotak sebelah kanan tu paling sedap. Ada 2 jenis dalam tu creamy milk & white chocolate. Sorang je makan habis sekotak tu tak boleh nak share dengan kawan-kawan sebab sedap sangat tak cukup.. ha ha.... Beli pulak 2 kotak ni je.... takpa lah kan, kawan-kawan kat ofis dah bagi coklat Meiji kat diorang, yang ni makan sendiri le...
Coklat 'Royce'
Coklat 'Meiji'























































No comments:
Post a Comment