Monday, 13 October 2014

PART 6:

Hari 5: 9 September 2014

Pagi ni ke destinasi seterusnya Osaka. Train Shinkansen Hikari 461 bertolak dari Tokyo Station pukul 7.03 pagi akan mengambil masa 3 jam dijangka sampai di Shin-Osaka Station pukul 10.03 pagi. Harga train untuk trip ni kalau tanpa JR pass 13,620 yen (RM410.00).

Pilih seat sebelah kanan - nak tengok Mt Fuji

 Shinkansen train

 Breakfast dalam train - ni je lah, Onigiri : nasi berbalut seaweed dengan inti tuna.
Sebelum beli tanya dulu pastikan intinya tuna bukan daging





Tandas dalam train: unisex - ada 2 jenis cangkung dan duduk. Sistem flush air dia macam tandas dalam flight. 

Untuk lelaki ada cubicle untuk urinal, tapi tingkap dia lutsinar.. he he..


Dari dalam train boleh nampak Mt Fuji. Kalau train dari Tokyo ke selatan macam dari Tokyo ke Osaka ni, masa beli tiket tu reserve seat sebelah kanan. Kalau cuaca cerah boleh nampak Mt Fuji dengan jelas. Gunung Fuji (Fujisan) adalah gunung tertinggi di Jepun (3776 m). Gunung Fuji ni masih aktif, last sekali meletus pada tahun 1708. 



Pemandangan Mt Fuji dari dalam train


Kat Osaka train station dia ada dua. Train shinkansen (bullet train) akan berhenti di Shin-Osaka station. Train dalam bandar dan antara bandar kebanyakannya akan berhenti di Osaka station. Jangan salah tempat pulak tunggu train. Tapi tak payah risau, ada banyak train yang menghubungkan kedua-dua stesen ni, setiap 2-3 minit.


1. Hotel Toyo Osaka

Sampai Shin-Osaka Station terus ke hotel - Hotel Toyo - untuk letak luggage. Hotel Toyo ni dekat dengan Shinimamiya Station, so nak ke sini kena ambil satu lagi train dari Osaka Station. Istimewanya hotel ni sebab bilik dia gaya Jepun. Tempat tidur di katil futon tradisional Jepun atas lantai tatami (tenunan jerami). Bentang tilam nipis macam toto tu je. Tapi OK, selesa tak sakit belakang pun walaupun tilam tu nipis je. Orang Jepun memang tidur macam ni. Orang Jepun dulu-dulu lah, yang moden mungkin dah pakai katil kot. Kat hotel ni ada wi-fi dan percuma. Bilik air dan toilet kat luar macam juga masa kami di Nagoya hari tu.

Kalau tempah hotel kat Jepun yang jenis bilik air kat luar ni kena hati-hati ye. Sebab ada setengah-setengah tu yang shower room dia kat ruang terbuka takda cubicle. Lepas tu tak dibenarkan pakai kain basahan kalau nak guna shower tu. Terutamanya kalau jenis hotel kapsul, banyak yang shower room dia jenis macam tu. So, sebelum tempah baca betul-betul dulu kemudahan yang disediakan. Buatnya tersalah pilih ada yang setakat cuci muka je tak lalu nak mandi. Gila ke apa nak mandi macam tu... tak sanggup.. ha ha....

 Hotel Toyo

 Tidur atas lantai tetami

Shower room - bersih dan selesa


Itenerary hari ni ringkas sahaja. Pagi ni nak ke Osaka Castle, petang nanti lepas check in nak ke Universal Studio. Kalau ada masa lebih nak shopping sikit dan cari souvenir kat sekitar Osaka Station. 


2. Osaka Castle

Nak ke sini kena ambil train dan turun di Osakajokoen Station. Ingatkan istana ni dekat je dengan train station, rupanya jauh giler kena jalan kaki lalu kawasan taman dulu baru sampai kat istana ni. Dah le atas bukit pulak tu, memang berpeluh lah nak sampai sini.

Istana ni mula dibina pada kurun ke-15. Istana yang ada sekarang ni bukannya yang asal tetapi dibina semula sebab ada nilai sejarahnya. Istana yang asal pernah dimusnahkan semasa perang dan pernah juga terbakar.





3. Universal Studio

 Kalau dari Osaka berhenti di Nishikujo Station dulu baru tukar train ke Universal City Station




 Dalam ni banyak kedai-kedai jual souvenir 


 



Hard Rock Cafe Osaka - untuk peminat dan pengumpul koleksi 
barangan hard rock boleh le masuk sini


Train dalam bandar kat Osaka ni lain sikit tak macam Tokyo. Banyak yang guna gerabak lama dan takde digital display board yang tunjuk next station dan sebagainya. So, kalau ternaik train yang macam ni kena dengar betul-betul sebutan pemandu train tu ataupun perhatikan map laluan train tu. Memang le bila train tu berhenti, boleh tengok kat luar tingkap nama station tu, tapi kalau train penuh susah juga nak tengok. Sepanjang 2 hari kat Osaka ni ada 2 kali kot kami terlepas station sebab tak tengok betul-betul map dan suara pemandu train tu tak jelas; kalau dah terlepas turun dan naik balik lah train yang ke arah berlawanan.....

Osaka Loop Line - train ni yang paling kerap kami guna sepanjang di Osaka.
Senang je nak kenal, train ni warna oren.


Lagi satu perkara yang nak kena tahu kat Jepun ni ialah etika menaiki eskelator. Orang Jepun secara umumnya akan berdiri di sebelah kiri apabila menggunakan eskelator dan mereka akan kosongkan ruang di sebelah kanan untuk orang-orang yang nak cepat memotong barisan. Sapa-sapa yang pernah ke negara Eropah benda ni kira macam terbalik sebab kalau kat europe bila naik eskelator, lorong kanan untuk kita berdiri dan lorong kiri dikosongkan untuk orang yang nak cepat memotong.

Walau bagaimanapun, di kawasan Kansai (contoh di Osaka), mereka tak ikut macam di bahagian-bahagian lain Jepun. Mereka ikut macam kat europe; berdiri di sebelah kanan dan kosongkan ruang kiri eskelator untuk orang memotong. Tak pasti pulak kenapa kat Osaka ni lain. So, kesimpulannya, jika anda tidak pasti kat mana untuk berdiri di atas eskelator tu, sebelum naik tengok-tengok le dulu dan pilih bahagian mana kebanyakan orang berdiri... lagi senang.. tak payah hafal.. he he...


Kecuali di kawasan Kansai (termasuk Osaka), bila naik eskelator kat Jepun
berdiri sebelah kiri dan beri laluan di sebelah kanan

No comments:

Post a Comment