Wednesday, 15 October 2014

PART 7:

Hari 6 : 10 September 2014

Hari ke-2 di Osaka. Pagi ni nak ke Kyoto, sebuah bandar lain 43 km dari Osaka, 30 minit dengan train. Boleh juga kalau nak naik shinkansen (bullet train), cepat sikit dalam 19 minit. Tapi kami naik rapid train, saja nak tengok view lain pulak. 


1. Fushimi Inari Shrine

Sampai Kyoto Station, ambil train lain ke Inari Station. Fushimi Inari Shrine ni terkenal sebab banyak sangat torii gates kat sini, beribu-ribu. Inari shrine ni dianggap sebagai penaung perniagaan, mengikut kepercayaan mereka. Setiap satu daripada Torii ni disumbangkan oleh ahli perniagaan Jepun. Kawasan sekitarnya ada banyak pokok-pokok hutan dan ada Gunung Inari setinggi 233 meter. 

Train JR Rapid Service ke Kyoto




Torii gate




Sekitar shrine


2. Kyoto Station

Lepas melawat Inari shrine, sebelum balik ke Osaka, jalan-jalan dulu sekitar Kyoto station. Kyoto Station berbeza dari stesen keretapi lain disebabkan rekabentuknya yang futuristik. Rekabentuk sangat moden ini diilhamkan oleh arkitek Jepun bernama Hara Hiroshi. 






Observation Deck: 
Di Kyoto Station ni ada siri eskalator di ruang terbuka yang sangat panjang menuju ke observation deck di tingkat sebelas. Kawasan observation deck tu luas, siap ada taman dan kerusi untuk rehat-rehat. Sebelah eskelator tu Isetan setinggi 11 tingkat.











Skyway
Terowong skyway membolehkan pengunjung untuk berjalan kaki sepanjang Stesen Kyoto, setinggi 45 meter untuk melihat pemandangan stesen dari atas melalui dinding kaca.






Kyoto Tower
Kyoto Tower terletak berhadapan dengan stesen Kyoto.




Shopping
Kedai-kedai pun banyak kat bangunan Kyoto Station dan macam-macam benda boleh beli.


Untuk peminat G shock - rambang mata tengok latest design


3. Dotonbori 

Dotonbori merupakan kawasan tumpuan dan destinasi pelancong paling popular di Osaka dan ia terletak di kawasan Minami (Namba). Kiranya kalau ke Osaka tempat ni wajib pergi. Nak datang ke sini waktu terbaik ialah sebelah malam. Kawasan ni merupakan kawasan beli-belah dan hiburan popular dan turut dikenali sebagai destinasi makanan. 

Pada waktu malam ia diterangi oleh beratus-ratus lampu neon. Signboard Glico Running Man dan ketam Kani Doraku merupakan landmark untuk kawasan ni. Tapi waktu kami pergi bangunan yang ada signboard Glico Running Man mereka sedang renovate. Macamanapun untuk tidak menghampakan orang yang datang sini, dekat dinding penutup binaan tu diorang gantung juga poster besar sebesar signboard Glico Running Man yang asal cuma takda lampu. Tapi poster tu bukan lagi Running Man dah jadi gambar Running Girl pulak...

















Macam-macam cara peniaga pamerkan papan tanda nak tarik perhatian pengunjung



Macam real je kan


Ni Dotonbori canal, kat sebelah belakang dan selari dengan kedai-kedai makan yang ada gambar seafood tadi. Nak cari Glico Running Man tu ikut je tepi canal ni sampai jumpa jambatan. Dekat dengan jambatan tu lah letaknya Glico Running Man. Nak ambil gambar pun ramai orang yang ambil gambar dari atas jambatan tu.





Ni le tempat Glico tu tapi bukan gambar yang asal sebab tengah renovate

Glico Running Man: dah takde yang asal ambil gambar yang kat tepi kedai je lah


Dah habis 2 hari di Osaka. Esok akan teruskan perjalanan ke Fukuoka (Hakata) dan Nagasaki. Tapi sebelum tu nak cerita sikit cara dan etika menaiki train di Jepun. Ada beberapa perkara kena tahu sebelum menaiki train supaya kita tidak dianggap kurang sopan.

i. Tunggu penumpang untuk keluar dahulu sebelum memasuki train. 



ii. Makan dan minum dalam train dibenarkan dalam bullet train shinkansen. Tak kisahlah samada makanan tu beli dalam train atau bawa bekal. Sesetengah keretapi ekspres siap ada vending machine dalam gerabak. Kat stesen pun biasanya ada banyak kiosk yang jual pelbagai makanan siap packing seperti sushi, onigiri dan bento. Bento kami tak berani nak beli sebab ada jenis yang bergoreng dalam box dia. Tapi sushi dan onigiri inti tuna boleh makan, insyaallah halal.

Kiosk jual makanan siap pack macam ni banyak di stesen

Onigiri - tanya dulu sebelum beli, pilih yang inti tuna sahaja

sushi

vending machine dalam train

iii. Kalau kita naik train kat Jepun tak kira lah samada bullet train mahupun keretapi bawah tanah dan lain-lain kita tak akan dengar bunyi deringan telefon dan orang bercakap guna handphone. Semua orang akan letak handphone pada silent mode. Kalau nampak ada orang pegang handphone pun mereka cuma  main game. Kalau perlu sangat-sangat nak bercakap dalam handphone, mereka akan ke ruang antara gerabak yang takde orang dan bercakap di situ. Dah selesai baru masuk balik ke gerabak supaya tidak mengganggu privasi penumpang lain.







No comments:

Post a Comment