Thursday, 2 October 2014

PART 1:

Salam semua,

Sejak buat 5S kat tempat kerja ni nampaknya minat nak tahu pasal Jepun ni menjadi-jadi. Konon nak tengok dengan mata kepala sendiri macamana diorang amalkan 5S kat sana. Ada tak tampal-tampal label macam-macam kaler.. ha..ha... Sebab makin lama makin banyak pulak label kat sekitar aku ni.. hadoiii...semak sungguh....

Walaupun 5S ni asal dari Jepun tapi takde pun 5S ni diaudit dan dipersijilkan kat Jepun. Ya lah aktiviti Sisih, Susun, Sapu ni dah jadi budaya. Semua orang buat tak payah suruh-suruh. Ada gak tengok kat TV Al-Hijrah rancangan al-khawater diorang buat dokumentari bandingkan apa yang ada kat Jepun dengan apa yang ada kat Saudi.. menarik rancangan ni, kalau ada peluang korang tengok le siaran ulangan dia ... Kagum sungguh cara kerja dan disiplin orang Jepun ni..  Siap kalau bawak anjing jalan-jalan diorang bawak sekali kantung plastik. Kalau anjing tu lepaskan sisa buangan kat tengah jalan diorang akan kutip dan masukkan dalam bekas plastik tu dan bawak balik.. ada ke orang nak buat macam tu kat Malaysia? Bekas minum pun boleh main campak je kat luar kereta.. tak senonoh...

Ada le tanya kawan-kawan yang biasa travel camana kalau nak travel kat Jepun, ye lah tempat orang kan.. makanan halal senang dapat ke? komunikasi macamana? Semua pun maklum kat Jepun diorang guna bahasa diorang je, sikit sangat yang boleh cakap bahasa Inggeris. Kebanyakan bagi jawapan negatif. nak makan susah lah, signage kebanyakan tulisan jepun lah, kena bawak orang yang tahu selok belok pengangkutan awam, kena ikut tourist agent kalau main redah alamat sesat barai lah dan macam-macam lagi.

Nak ikut group guna tourist agent? Alamak.. kurang  minat lah.. karang terkena 1 group dengan Ah Soo- Ah Soo, kejap-kejap nak berhenti, setengah jam sekali nak singgah toilet.. he he..

Perkara pertama kena buat kalau nak buat arrangement sendiri pergi mana-mana tempat pun kena study sistem pengangkutan dia. Tengok seimbas lalu macam tak susah sangat sistem keretapi kat Jepun ni.

Umumnya sistem keretapi diorang ada 2 jenis: 1. Dikendalikan oleh Japan Railway (JR) group  milik kerajaan 2. Dikendalikan oleh syarikat-syarikat swasta yang lain (banyak syarikat). JR train ni network dia memang merata-rata lah. Keretapi dalam bandar, antara bandar dan bullet train pun di bawah JR group ni. Dan yang menariknya untuk pelancong, kita boleh beli pass (JR PASS) untuk naik JR train ni tanpa had termasuklah keretapi laju diorang (bullet train-shinkansen). Harga JR PASS ni bergantung kepada kawasan dan tempoh sah laku pass ni. Nak tahu lebih lanjut kawasan yang dia cover dan harga pass ni boleh rujuk laman web  http://www.japan-rail-pass.com.

Dipendekkan cerita, kira punya kira, tolak campur rasanya nak beli pass untuk seminggu yang boleh cover seluruh Jepun. Kalau tukar ke RM harga JR pass untuk seminggu ni lebih kurang RM 944.00. Kira murah le sebab  harga tiket bullet train dari Tokyo ke Osaka sahaja, kos sehala 13,620 yen (dalam RM 410.00). So, untung sangat-sangat lah beli JR pass ni.

Dan kalau dah ada JR pass ni nanti, tak payah lah sibuk-sibuk nak nak naik flight ke Tokyo. Boleh je turun mana-mana airport sebab tiket KL-Tokyo ni takde yang murah sangat.

Tengok kat web Air Asia flight paling murah ke Jepun: KL-Nagoya - sangat murah. Tiket + tax (belum masuk luggage & makan) RM 583.00 sahaja pergi balik. So, discuss lebih kurang dengan member sorang lagi, terus je lah booking flight.


Lepas tu, beli JR pass online guna website  http://www.japan-rail-pass.com. Takde masalah dan pass tu diorang pos guna Federal Express dalam 2 hari dah sampai. Tapi kalau rajin boleh juga beli JR pass ni kat Japan Travel Bureau (Malaysia), pejabat dia kat Jalan Imbi. Boleh rujuk website:  https://www.jtbmalaysia.com/.





Gambar kat atas tu bukan pass yang akan kita guna kat Jepun nanti. Yang dalam gambar tu kira macam voucher je. Nanti sampai Jepun pergi kat mana-mana JR ticket office atau kaunter tiket JR (kat stesen keretapi le), tunjuk voucher ni dan passport baru diorang akan issue JR pass yang betul. Logik le, sebab JR pass ni khas untuk pelancong, so diorang nak pastikan kita memang pergi Jepun untuk melancong baru layak guna JR pass ni.

Persiapan lain yang kena buat ialah camana nak makan kat sana nanti. Takkan nak makan sushi sepanjang 11 hari kat sana . Tengok kat blog ada le juga kedai-kedai Pakistan jual kebab dan lain-lain tapi jauh-jauh kedai dia tak macam kat Europe sana-sini jumpa Pakistan jual kebab.. hehe…

Then tengok le kat blog camana backpackers makan bila travel tempat-tempat yang tak jumpa makanan halal. Adalah antaranya yang  bawak  rice cooker dan macam-macam lagi lah. Dan dalam banyak-banyak tu yang nampak sangat praktikal, diorang bawak travel cooker. So, survey kat Grupon jumpa lah periuk ni (multipurpose food steamer). Harga pun murah RM 59.00. So, beli  dan inilah yang akan di bawa bersama ke Jepun nanti….


Makanan mentah pun boleh bawa, Jepun tak strick sangat. Setakat nak bawa makanan segera (macam Brahim’s, Yoes, Maggi) boleh je lepas. So, sebab dah ada periuk ni, bekalan yang akan dibawa ke Jepun nanti termasuklah beras dalam paket kecil 1 kg, makanan segera yoes & adabi dalam tin, ada juga beli nasi goreng segera Sharifah dan Nasi Briyani segera Brahim’s.


No comments:

Post a Comment