Hari 2: 6 September 2014
Lepas breakfast, tempat pertama di tuju ialah JR ticket counter sebab nak tukar JR voucher ke JR pass yang betul. Tunjuk pasport lepas tu bagitau bila nak mula guna. Dia akan issue JR pass yang betul yang bercetak tempoh sah laku JR pass tu. So, untuk trip ni, kitorang akan mula guna esok 7 - 13 September 2014.
Page depan JR pass
Page belakang JR pass
Dan kat kaunter yang sama terus je tempah seat untuk pagi esok train Shinkansen Nagoya ke Tokyo, first train pukul 6.20 pagi. Wah excited tu, ambil train paling awal.. hehe... kalau ikutkan harga bullet train Nagoya-Tokyo ni sehala 10,300 yen (RM 310.00) tapi dengan pass ni free je.
Oh ye, kat Jepun ni memang le diorang tak lancar komunikasi guna Bahasa Inggeris. Tapi kalau kita tulis kat atas kertas lebih mudah untuk diorang paham. Macam nak book seat train ke Tokyo ni kan, tulis maklumat atas kertas dan tunjuk kat dia.
Kalau nak tengok view Mount Fuji dari train, kena pilih seat yang betul. Untuk train dari selatan ke utara (macam Nagoya ke Tokyo ni), pilih seat sebelah kiri.. dan sebaliknya lah kalau dari Tokyo nak ke selatan pilih seat sebelah kanan.
Menariknya bullet train kat Jepun ni, seat dia boleh dipusingkan, Sampai stesen terakhir, diorang akan pusingkan seat tu ke arah train tu akan bergerak nanti. So semua seat pandang ke depan. Takde lah rasa pening sepanjang perjalanan sebab train jalan gostan.
OK, selesai urusan train.
Itenerary hari ini di Nagoya sahaja. Untuk bergerak kami guna sightseeing bus Me~guru. Ni macam hop on - hop off bus tu lah. Ada 9 perhentian yang bas ni akan berhenti. Harga pass untuk bas ni sepanjang hari 500 yen (RM 15.00) seorang.
2. Former Residence of Sasuke Toyoda
3. Uniqlo
4. Nagoya TV Tower: Menara TV ni katanya yang tertua di Jepun, dan siap dibina pada tahun 1954 dengan ketinggian 180 meter.
9. Midland Square: Midland Square ni bangunan tertinggi Nagoya (247 meter), bertentangan dengan Stesen Nagoya. Dalam dia pusat membeli-belah dan pawagam. Tapi kedai-kedai dalam ni semua yang branded, kira tempat shopping orang kaya-kaya lah. Ada 2 ruang pameran kereta kat sini yang sangat luas untuk pamerkan 2 model: Lexus dan Toyota.
Antara benda penting lain yang boleh dipelajari sepanjang hari ni ialah sikap orang Jepun yang akan beratur tak kira di mana-mana dan untuk tujuan apa pun. Tengok le sendiri gambar-gambar kat bawah ni... hebat kan bangsa Jepun ni... Lintas jalan pun beratur, takde nak potong-potong barisan...
Me~guru pass: beli dari driver bus ataupun kalau naik dari Nagoya Station boleh beli dari staf diorang yang berlegar-legar sekitar bus stop ni.
Kalau ambil bas dari Nagoya Station, tunggu kat bus stop nombor 8
Kalau nak kenal mana satu bus stop dia tengok benda bulat warna oren ni, sama juga bila turun nanti kalau nak cari balik bus stop cari tanda ni, jangan tunggu salah bus stop pulak
Ini le bas Me~guru
Dalam bas
Walaupun ada 9 perhentian, takde lah kitorang turun kat semua perhentian. Pilih-pilih le tempat mana nak tengok. Banyak le tempat-tempat yang bas ni lalu tapi kitorang tak turun pun. Macam City Art Museum, Cultural Path Futaba Museum, Art Centre, Noritake Garden dan yang sekumpulan dengannya tak minat le nak pegi tengok. Walaupun ada le juga pelancong yang singgah tempat-tempat ni, tapi malas lah. Muzium kat Malaysia pun tak masuk sibuk-sibuk nak belajar sejarah Jepun,.. Tapi sebut pasal sejarah Malaysia ni kan macam ada fakta-fakta yang tak logik kan... Macam sejarah Portugis menjajah Melaka konon sebab nak dapatkan rempah ratus... macam tipu je, nak buat apa Portugis bawak balik rempah ratus banyak-banyak, nak buat masak apa kat negara diorang? Lepas tu Belanda dengan British pulak masuk pun sebab rempah ratus.. ish,.. sapa-sapa yang tengah buat Master atau PhD sejarah kena tengok balik fakta ni...
Lari tajuk lah pulak... ok tempat-tempat lawatan hari ni:
1. Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ Money Museum: Kat museum ni boleh tengok sejarah matawang Jepun dan koleksi matawang seluruh dunia.
1. Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ Money Museum: Kat museum ni boleh tengok sejarah matawang Jepun dan koleksi matawang seluruh dunia.
2. Former Residence of Sasuke Toyoda
3. Uniqlo
4. Nagoya TV Tower: Menara TV ni katanya yang tertua di Jepun, dan siap dibina pada tahun 1954 dengan ketinggian 180 meter.
4. Oasis 21: Oasis 21 ni kompleks dengan rekabentuk futuristik, Dekat je berdepan dengan Nagoya TV Tower. Selain kedai-kedai kompleks ni juga merupakan terminal bas. Ada ruang yang luas bawah bumbung "water spaceship" yang menempatkan ruang pameran dan pelbagai acara ada kat situ.
5. Central Park: Kat Jepun memang banyak pusat membeli belah dibina di bawah tanah. Yang ini salah satunya berdekatan kawasan Nagoya TV Tower. Panjang dan luas Central Park ni. Atas dia jalan raya dan taman.
6. Electricity Museum: Ada dewan pameran yang memperkenalkan dunia elektrik dan sistem tenaga. Setiap dewan pameran yang ada pengunjung boleh belajar tentang elektrik melalui pengalaman secara langsung dengan barangan sebenar, model dan imej.
Ni gambar pokok cili yang ditanam dekat laman depan muzium ni. OK le boleh petik dan makan. kalau tanam bunga bukan boleh makan pun.
7. Nagoya Noh Theatre: Noh adalah satu bentuk teater yang melibatkan muzik, tarian dan drama, yang berasal dari abad ke-14. Tak berapa nak paham pun tapi tengok juga lah sebab ianya telah disenaraikan sebagai salah satu warisan budaya oleh UNESCO... he he..
8. Nagoya Castle: Nagoya Castle dibina pada permulaan Edo Period sebagai salah satu tempat tinggal keluarga pemerintah masa tu. Kebanyakan bangunan istana dah musnah dalam serangan udara pada tahun 1945, so diorang bina semula untuk jadi bahan sejarah.
Gambar yang last kat atas tu nak tunjuk kat Jepun mereka sediakan tempat khas untuk perokok. Memang betul pun kadang-kadang kita sibuk sangat wujudkan zon larangan merokok sana sini. Berapa banyak kawasan yang nak kena pacak signage zon larangan merokok kalau macam tu. Tapi kat sini lain - terbalik, diorang tak buat macam tu. Kat sini semua kawasan awam adalah kawasan larangan merokok. So, untuk perokok diorang sediakan zon merokok (smoking corner).
Rasanya idea wujudkan tempat khas untuk perokok ni aku pernah cadangkan dalam salah satu meeting pengurusan kitorang kot.. dah lama dulu.. aku cadangkan wujudkan satu kawasan khas dan pacak signboard 'zon bunuh diri'.. hehe..
Macam ada 1 bunting kat tepi jalan dekat tasik seksyen 7 shah alam ada bunting 'Kami Pakar Bunuh', bunyi macam suspen tapi kat bawahnya gambar anai-anai.. haha.. kreatif orang yang design bunting tu..
9. Midland Square: Midland Square ni bangunan tertinggi Nagoya (247 meter), bertentangan dengan Stesen Nagoya. Dalam dia pusat membeli-belah dan pawagam. Tapi kedai-kedai dalam ni semua yang branded, kira tempat shopping orang kaya-kaya lah. Ada 2 ruang pameran kereta kat sini yang sangat luas untuk pamerkan 2 model: Lexus dan Toyota.


























































No comments:
Post a Comment