Sunday, 12 October 2014

PART 5:

Hari 4: 8 September 2014

Hari ke-2 di Tokyo. Itenerary hari ni pun padat; plan nak cover sampai Yokohama, so kena keluar awal nak kejar masa.

1. Ueno

Ueno Park ialah taman awam yang besar di tengah-tengah Tokyo. Ueno Park terkenal sebab banyak muzium : Tokyo National Museum, the National Museum for Western Art, the Tokyo Metropolitan Art Museum and the National Science Museum. Kat sini juga ada Zoo Ueno. Ueno Park ni sebelah Ueno Station. Keluar je station terus jumpa park ni.





2. Harajuku

Harajuku adalah pusat tumpuan remaja Jepun yang meminati fesyen dan gaya ekstrem. Kalau Sugamo yang kami pergi semalam untuk warga tua, Harajuku ni sebaliknya. Kawasan ni untuk golongon remaja moden. Tumpuan mereka di kawasan lorong Takeshita Dori (Takeshita Street). Jalan ni dipenuhi kedai-kedai pakaian dan butik fesyen. Selain membeli belah, golongan ni juga datang ke sini untuk menggayakan fesyen yang mereka pakai. Tapi sebab kami sampai tempat ni waktu siang, nampak tak hapening sangat. 











3. Odaiba

Odaiba ialah sebuah pulau buatan yang besar di Teluk Tokyo, Jepun. Pulau ni dihubungkan dengan pusat bandar Tokyo oleh jambatan dikenali sebagai Rainbow Bridge. Untuk ke sini ada banyak cara. Bas pun ada, kalau nak naik bas naik di Shinagawa Station.

Tapi kami pilih untuk naik train nama train ni Yurikamome. Istimewanya train ni sebab dia gerak guna tayar getah. Lagi satu, train ni automatik dan takde driver kat depan. Nak naik train ni kena ke Shimbashi Station dulu (ke Shimbashi dari Tokyo boleh naik JR train guna JR pass). Sampai Shimbashi Station, beli tiket train Yurikamome kat vending machine (train ni tak boleh guna JR pass sebab dia syarikat lain, bukan bawah JR group). Harga tiket dari Shimbashi Station ke Daiba Station 320 yen sehala. Kalau rasa nak pusing-pusing naik train ni banyak kali boleh juga beli day pass dia 820 yen sehari - boleh naik turun banyak kali.

Perjalanan melintasi Rainbow Bridge view dia sangat cantik. Cuba dapatkan seat paling depan, Kalau berdiri pun takpa tapi pilih gerabak paling depan. Kami siap tunggu train seterusnya sebab train yang mula-mula bahagian depan dah penuh....




Yurikamome - train guna tayar
  



Rainbow bridge

Tokyo cruise Odaiba pier 

Hotel Nikko



Yang kat belakang ada globe tu Fuji TV HQ building

Replika patung 'Statue of Liberty'


Aquacity



Kat sini ada Madame Tussauds - tapi tak masuk lah sebab dah pernah masuk yang kat Hong Kong & London - sama je pun. Bersebelahan dengan Madame Tussauds ni ada Legoland - pun tak masuk, kat JB pun ada... Dua-dua ni di Decks Complex





 Nak cari gundam besar ni kat DiverCity

 Yang dalam plastik besar dah sebulan balik Malaysia tak siap pasang lagi - tak sempat 

Penat dan lapar - sushi lagi
Kopi Triplesso tu halal - boleh beli kat 7 eleven atau Family Mart


 4. Yokohama

Dah seharian berjalan, balik hotel dulu. Lewat petang keluar semula. Destinasi seterusnya Yokohama. Jauh juga sebenarnya, 45 minit dengan train. Kat sini kami cuma ke kawasan Minato Mirai 21 yang merupakan kawasan tepi laut di pinggir pelabuhan. Ada roller coaster, ferris wheel yang besar dan shopping mall.











Bersebelahan dengan taman hiburan dan permainan ni ada kompleks AEON yang besar. Customer tak ramai masa ni. Yang menariknya, walaupun takde customer semua jurujual dalam tu berdiri tegak di tempat masing-masing. Bila ada customer lalu mereka akan tunduk hormat yang biasa orang Jepun buat tu sampai kitorang pusing jalan lain sebab taknak lalu depan dia, kesian asyik kena tunduk je. Senyap sunyi dalam tu takde dengar diorang bercakap sesama sendiri. Diorang hanya akan bercakap dengan customer sahaja. Tak terfikir pulak masa tu nak curi-curi rakam; kalau tak boleh tunjuk kat sini kan. Kalau kat Malaysia jangan kata masa takde customer, time customer ramai pun boleh je diorang merayap sana sini sebab tak tahan nak bergosip.. ha ha...



Ada restoran Indonesia dalam kompleks AEON ni...




Habis dah hari ke-2 di Tokyo, rasa kejap sangat. So, kena balik hotel sebab esok awal pagi dah nak ke Osaka. Train pukul 7.03 pagi, dah reserve seat kat station tadi.

Benda lain yang unik dan kreatif yang boleh dipelajari sepanjang 2 hari ni ialah cara tampal poster  di dinding. Kita dah biasa tampal apa-apa pun kat dinding guna double sided tape kan. Bila cabut, habis rosak dinding tu samada cat dia tanggal ataupun dinding jadi kotor sebab gam double sided tu lekat kat situ. Tapi kat sini diorang kalau nak lekat ke dinding mereka guna kertas sticker. So, kalau taknak senang nak cabut dan dinding pun tak kotor.




Kalau dalam train poster dan iklan samada mereka gantung ataupun kalau nak letak pada dinding, mereka sangkutkan pada tempat yang dah ada frame di kiri kanannya. So, kalau tak nak keluarkan sahaja dan boleh masukkan iklan yang baru. Dinding tak le kotor.




Tentang toilet pulak, kebanyakan toilet kat luar mereka lekatkan pelan lantai. Sebelum masuk kita dah tahu keadaan toilet dalam tu. Sebab kat sini ada jenis tandas jepun yang macam tandas cangkung, ada toilet stail mat saleh takde air langsung cuma pakai tisu je dan ada toilet yang ada air. So, kat dalam tu nanti tak payah nak buka satu-satu pintu tandas. Dah tau dah yang mana satu..






Kebanyakan toilet bowl ada pemanas kat tempat duduk (heated seat). Memang OK le sebab kawasan tu akan kering sentiasa, tapi heated seat ni sebenarnya bertujuan untuk keselesaan pengguna semasa winter.

Yang lagi unik kebanyakan toilet awam kat Jepun ada 1 butang yang ada gambar muzik. Button ni bukan untuk dengar muzik. Ni button noisemaker. Bila tekan button ni, keluar bunyi air macam tengah flush; tapi takde air keluar pun. So, boleh le buang air dengan selesa dan kalau terkeluar bunyi yang tak sedap didengar pun takpa, orang kat toilet sebelah tak tau.. ha .. ha... sampai ke situ orang Jepun ni berfikir, kreatif betul.


Dan yang last sekali, etika apabila menggunakan tandas di Jepun, kita kena tunggu giliran tapi jangan tunggu betul-betul di hadapan pintu bilik kecil tu. Tunggu jauh sikit dalam barisan dan masuk mana-mana cubicle yang kosong. Kalau tak nak cubicle yang tu, bagi le orang belakang masuk dulu.


No comments:

Post a Comment