Hari 3: 7 September 2014
Bangun awal pagi, solat subuh dan bancuh air panas minum lebih kurang je alas perut. Pukul 6 pagi dah terpacak depan stesen. Train ke Tokyo pukul 6.20 pagi dijangka sampai Tokyo pukul 8.13 pagi (1 jam 57 minit). Dijangka? Tak - memang sharp pukul 8.13 pagi tayar train tu berhenti kat Tokyo Station. Hebatnya....
Sampai je Tokyo, terus ke hotel penginapan di Kanda. Waktu check in kat hotel ni pukul 3.00 petang tapi ke situ untuk letak luggage je. Dari Tokyo Station kena naik train lain tapi tak jauh jarak 1 station je, 2 minit dah sampai ke Kanda Station. Dari situ jalan sikit sampai lah.
Naik train dalam bandar kalau ada JR pass free je, tapi kena naik train JR line. Jangan pulak pilih subway yang dikendalikan oleh syarikat lain, yang tu kena beli tiket lain. Untuk train JR line dalam bandar, tak perlu ke kaunter tiket. Ke kaunter tiket kalau nak book seat untuk Shinkansen (bullet train) atau express train. Untuk train dalam bandar, terus je ke gate, tunjuk JR pass kat staf yang duty kat sebelah gate tu, lepas tu pergi je ke track mana train yang kita nak naik tu (check le dulu laluan train tu dan track mana nak tunggu - ada peta laluan kat semua station dan signage pun dwibahasa, nak tanya staf yang jaga gate tu pun boleh).
1. Hotel MyStays Kanda
Tempah hotel ni untuk 2 malam. Takda apa yang unik sangat nak cerita tentang hotel ni. Sebabnya hotel ni macam hotel biasa 3 bintang yang kita duduk kata mana-mana kot. Attach bathroom, kelengkapan TV, pemanas air, complimentary coffee & tea, free wi-fi, so biasa je lah kan. Takpe lah, tempek jugak lah gambar...
2. Shinjuku
Kat Tokyo banyak sangat destinasi boleh pergi. Memang tak cukup 2 hari kat sini. Destinasi pertama yang dituju ialah Shinjuku. Tujuan utama untuk ke Tokyo Metropolitan Government Office sebab nak ke observation decks dia nak tengok pemandangan Tokyo dari tempat tinggi. Menara tinjau dalam bangunan ni letaknya pada paras 202 meter di tingkat 45. Cumanya pagi tu hujan so, pemandangan agak berkabus.
Tokyo Metropolitan Government Office. Jauh juga nak berjalan dari Shinjuku Station ke sini. Dah lah hujan, tapi takpa sebab dari station nak ke sini ada laluan bawah tanah.
Toilet dia - bersih dan yang penting percuma. Tak pernah jumpa mana-mana toilet berbayar sepanjang 11 hari kat Jepun.
Lif ke tingkat 45
Pemandangan Tokyo - gambar tak terang (hujan)
Kat tingkat 1 ada Tourist Information Centre - boleh lah ambil pamphlet & peta Tokyo kat sini
Sebelah Metropolitan Government Office ni ada Central Park. Kat Jepun ni memang banyak park macam ni untuk rakyat diorang rehat-rehat lah kot. Kalau rajin boleh la pergi tapi kitaorang tak pergi lah. Lagi pun masih hujan renyai-renyai masa tu.
Kawasan Shinjuku ni banyak juga tempat kalau yang nak shopping; ada Isetan, Yodobashi Camera, Takasyimaya dan lain-lain...
3. Ikebukuro
Di Ikebukuro ada Sunshine City - kompleks membeli belah dan hiburan yang besar siap ada akuarium kat dalam kompleks ni. Tujuan ke sini sebenarnya bukan lah nak tengok sangat kompleks ni tapi nak ke Amlux yang terletak bersebelahan dengan Sunshine City. Amlux ialah bilik pameran Toyota yang besar, so kononnya boleh tengok model terbaru diorang dan ada band performance oleh sekumpulan robot. Tapi sampai-sampai tanya kat information counter rupanya diorang dah tutup; tak pasti le pulak tutup sementara ke tutup terus; malas nak tanya panjang-panjang. Oh ye, kat lorong sebelah Sunshine City ni ada jumpa 1 kedai kecil jual kebab halal.
Sugamo adalah kawasan beli-belah terkenal untuk warga tua. Kat kawasan ni ada lorong sepanjang 800 meter untuk membeli belah. Barang-barang yang dijual kebanyakannya yang sesuai dengan selera dan kehendak warga tua. Yang penjual pun warga tua juga. Walaupun nampak macam ada yang dah tua sangat, tapi diorang ni selamba je jalan kaki sepanjang lorong ni, jalan laju-laju pulak tu. Tak nampak pulak anak-anak temankan, jalan dengan geng-geng diorang je...
Sebelum sampai ke lorong beli belah ni ada sebuah kuil nama dia Kuil Koganji. Mungkin diorang ke sini dulu lah kot sebelum membeli belah. Kat kuil kecil ni ada patung yang sangat popular yang dipercayai membantu menyembuhkan penyakit. Kat situ, orang beratur dalam barisan untuk mencuci patung itu dengan tuala kecil dan kemudian mereka akan tekan ke bahagian badan yang rasa sakit dengan harapan mereka lega... hahaha.. patut pun ramai orang tua-tua kat sini, nak pegi kat patung ni rupanya...
Sugamo Station
Di luar Sugamo Station. Dekat je, lintas jalan terus sampai
Ada 100 yen shop (kedai 3 ringgit)
Perut dah berbunyi, rehat kejap, alas perut beli sushi kat kedai Family Mart
Jalan nak ke Kuil Koganji
Mentang-mentang kawasan warga tua, AED diorang letak je kat laluan jalan tu.
Kuil Koganji
Ni le lorong membeli belah tu
Ada jual durian lagi
Sebelum balik beli sotong kurita kat sini 467 yen (RM 14.00)
Sebelum teruskan aktiviti lawatan, balik hotel dulu nak solat. Lagipun belum check-in lagi. Sementara tu masak nasi dan panaskan lauk dalam tin. Sotong kurita yang beli tadi tu potong kecil-kecil, celup air panas sekejap (10-15 saat) dan boleh terus makan....
5. Tokyo Disneyland
Destinasi seterusnya Tokyo Disneyland. Nak ke sini ambil train dari Tokyo Station ke Maihama Station - 15 minit perjalanan dan free dengan JR pass.
6. Shibuya
Shibuya Crossing
Landmark paling terkenal di Shibuya ialah persimpangan besar di hadapan Shibuya Station. Kat persimpangan ni, uniknya setiap kali traffic light bertukar hijau, dengan ramainya orang berpusu-pusu melintas jalan macam semut, tak tahu mana puncanya dan apasal ramai sangat orang yang nak melintas. Kat sini, ramai le yang bawak kamera nak rakam suasana tu. Yang saja-saja melintas sebab nak rakam video pun ramai. Dekat simpang tu ada Starbucks, ada juga yang masuk situ sebab nak ambil gambar dari tingkat atas Starbucks tu. Tapi kitorang tak le sebab tengah boikot. Lagipun banyak dah orang rakam video suasana ni, boleh je tengok kat you tube. Selain tu, kalau datang sebelah malam, boleh tengok persimpangan ini dihiasi oleh banyak iklan neon dan skrin video gergasi.
Hachico Statue
Dekat area Shibuya Station ni juga ada sebuah patung anjing setia bernama Hachiko. Menurut kisahnya, kononnya dah jadi rutin anjing itu memang setiap hari akan menunggu tuannya di hadapan stesen ni. Dan selepas tuannya meninggal dunia anjing tu terus juga setia menunggu setiap hari di hadapan Shibuya Station ni sehingga bertahun lamanya dan bila anjing ni dah mati diorang binalah patung ni sebagai peringatan... macam-macam ... ntah ya ntah tidak... dah sampai ambil je lah gambar..
Cukup untuk hari ni... hari pun dah lewat malam, balik hotel dulu tido..
Destinasi seterusnya Tokyo Disneyland. Nak ke sini ambil train dari Tokyo Station ke Maihama Station - 15 minit perjalanan dan free dengan JR pass.
Maihama Station
nano block - mahal sikit tapi unik dan sangat comel - boleh le nak buat souvenir kalau mampu he he..
1030 yen (30 ringgit) satu
6. Shibuya
Shibuya Crossing
Landmark paling terkenal di Shibuya ialah persimpangan besar di hadapan Shibuya Station. Kat persimpangan ni, uniknya setiap kali traffic light bertukar hijau, dengan ramainya orang berpusu-pusu melintas jalan macam semut, tak tahu mana puncanya dan apasal ramai sangat orang yang nak melintas. Kat sini, ramai le yang bawak kamera nak rakam suasana tu. Yang saja-saja melintas sebab nak rakam video pun ramai. Dekat simpang tu ada Starbucks, ada juga yang masuk situ sebab nak ambil gambar dari tingkat atas Starbucks tu. Tapi kitorang tak le sebab tengah boikot. Lagipun banyak dah orang rakam video suasana ni, boleh je tengok kat you tube. Selain tu, kalau datang sebelah malam, boleh tengok persimpangan ini dihiasi oleh banyak iklan neon dan skrin video gergasi.
Hachico Statue
Dekat area Shibuya Station ni juga ada sebuah patung anjing setia bernama Hachiko. Menurut kisahnya, kononnya dah jadi rutin anjing itu memang setiap hari akan menunggu tuannya di hadapan stesen ni. Dan selepas tuannya meninggal dunia anjing tu terus juga setia menunggu setiap hari di hadapan Shibuya Station ni sehingga bertahun lamanya dan bila anjing ni dah mati diorang binalah patung ni sebagai peringatan... macam-macam ... ntah ya ntah tidak... dah sampai ambil je lah gambar..



















































No comments:
Post a Comment