PART 2:
Hari 1: 5 September 2014
Hari 1: 5 September 2014
Flight D7 542 : 0845 H. So, awal pagi dah ke KLIA2. Check in luggage (sebab bawa makanan dalam tin kan, kenalah ambil luggage 20 kg). Penerbangan ambil masa 6 jam 35 minit, takkan tak makan kot, so dah pre book juga makanan dalam flight. Tapi sementara tunggu boarding tu sempat lagi makan roti bakar kat kopitiam kat KLIA2. Cantik pemandangan KLIA2 awal pagi tapi nak ke gate punya lah jauh jalan kaki.
Flight tak penuh so memang selesa tak payah nak laga-laga siku seat sebelah pun kosong. Lepas makan je tidur dengan nyenyak nya walaupun banyak kali jugaklah lampu suruh pasang seat belt tu menyala sebab turbulence tapi sekejap-sekejap je, normal lah tu. Alhamdulillah, landing dengan selamat pukul 4.20 pm waktu sana (lewat sejam dari Malaysia) dan badan pun segar bugar sebab dah puas tidur.
Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair Nagoya ni
landasan dia dibina di atas pulau buatan manusia di Ise Bay, Tokoname City di
Aichi Prefecture, 35 km (22 batu) selatan Nagoya di tengah Jepun. View masa landing memang le cantik…
Rasanya semua pun dah tau kot nak masuk Jepun sekarang
memang tak payah nak apply visa. Kat imigresen beratur pun tak lama, officer tu
pun ok, tanya sikit-sikit je..
Cuma yang tak best nya masa tunggu luggage ada pulak polis
bawak anjing pusing-pusing kawasan beg. Anjing ni pulak cium-cium beg yang ada kat
situ cari dadah le kot.. dah tu dekat-dekat dengan orang ramai yang tengah
tunggu beg siap gesel-gesel lagi. Bila anjing tu dekat, apa lagi mengelak le, tak
nak lah sentuh... nasib baik polis tu paham kot, dia tarik anjing tu jauh
sikit.. he he.. tq le encik polis yang memahami…
Next kena lalu kaunter kastam. Ini yang tak best ni sebab
dalam beg ada serunding. Member aku ni le bawak plak serunding, ada harapan
kena buang ni… Nasib baik kastam ni ok. Walaupun nampak macam ramah sangat, dia
tak tanya pun apa ada dalam beg apalagi nak bukak beg. Boleh le speaking dia ni
walaupun tak lancar. Macam-macam plak dia tanya nak tinggal kat jepun berapa
lama, nak pegi mana je, tinggal kat mana.. patutnya masa kat imigresen tadi le
kan kalau nak tanya soalan-soalan macam ni. Takpe lah yang penting dia tak
selongkar beg yang penuh makanan ni.. he he…
Apa-apa pun sebelum meneruskan perjalanan, nak kena cari
tempat solat dulu. Kat airport ni ada bilik solat, kat tingkat 3 dekat dengan
kaunter daftar masuk penerbangan domestic. Bersih dan kemas, sejadah dah siap
bentang lagi…. Masa pegi UK dulu ada juga tempat solat kat airport dia, tapi
diorang tak khususkan untuk muslim. Dia campur je (dia panggil multi-faith
room), so dalam bilik yang sama ada quran, bible dan kitab-kitab agama lain..
so siapa-siapa pun boleh guna..
Dari airport ke Bandar Nagoya naik train MEITETSU LTD EXP.
Harga tiket sehala 870 yen (lebih kurang RM 27.00) ambil masa dalam 40 minit.
Boleh le kan lebih kurang harga KLIA Express. Oh ye, train yang ini kepunyaan
syarikat lain bukan bawah JR group. Tapi memang tak plan nak guna JR pass tu
hari ni pun, rugi sebab JR pass tu valid untuk 7 hari bermula hari pertama kita
guna. Plan nak start guna hari ke-3 nanti….
Train dari airport ni berhenti di Meitetsu Station, sebelah
je dengan JR Nagoya Station. Bangunan dia pun bersambung, tak perasan pun ada 2
station kat situ. Dah sampai terus je ke hotel. Oh ye, semua bilik hotel sepanjang
kat Jepun ni dah tempah awal kat booking.com. Suka guna booking.com sebab
kebanyakannya dia tak charge apa-apa masa buat tempahan (kecuali kalau yang
harga promosi kadang-kadang dia terus charge credit card masa buat tempahan
tu). Nak kansel pun senang, masuk je balik website dia via e-mail pengesahan
tempahan yang dia hantar kat kita tu, click ‘cancel booking’...
Kat Jepun ni tak payah le ngada-ngada nak cari hotel yang
berbintang-bintang, memang le mahal. Kalau travel macam ni lagi penting hotel
mesti dekat dengan kemudahan pengengkutan awam. Macam kat Jepun ni, mesti kena
dekat dengan train station lah. So,
pilihan terbaik yang menjadi pilihan ni dia….. Eco Hotel Nagoya. Betul-betul
depan JR Nagoya Station, kat bawah ada 7 eleven.
JR Nagoya Station
Eco Hotel - yang ada signboard warna kuning tu
Masuk-masuk hotel, punya lah sempit bilik dia, Basic je bilik ni, ada katil double decker, penyangkut baju dan TV dan sangat bersih. Towel, berus gigi dan ubat gigi dia bagi free. Selipar pun ada. Harga sewa bilik? 4000 yen semalam = RM123.00. Wi-fi percuma dan sangat laju.
Sempit - tapi kat Jepun semua bilik dia kecil-kecil kecuali hotel yang berbintang-bintang
Kat luar depan pintu bilik ada sinki panjang dengan pemanas
air
Toilet kat luar ye, tapi tingkat yang sama lah. Oh ye,
toilet ni unik. Dekat atas tangki air dia ada lekuk yang ada lubang jadi macam
sinki dan ada paip. So, untuk toilet ni, lepas kita flush, air yang baru nak
refill balik tangki tu akan keluar ikut kepala paip tu dulu sebelum ia masuk
dalam tangki. Jadi, air yang sedang mengisi tangki tu boleh le kita guna untuk
cuci tangan, jadi tak le membazir air tu.
Toilet - kreatif kan?
Shower room: Part ni yang kagum. Shower room dia kat
basement tapi punya lah bersih dan cantik. Tak payah le risau bila sebut shower
room kat basement. Sebenarnya, tak perlu kita nak ke shower room ni bertuala.
Pakai je pakaian lengkap dan bawa tuala dengan pakaian kita yang baru yang nak
pakai lepas mandi nanti. Sebab buka je pintu untuk ke shower ada ruang untuk
salin pakaian, tolak pintu ke 2 baru shower room. Kat ruang legar dia pulak siap
ada hair dryer. Sikat dan cotton bud pun dia sediakan kat ruang legar tu dan semuanya
percuma. Kalau minat boleh je ambil sikat tu lebih bawak balik Malaysia jadikan
souvenir.. he he…
Ruang basement: kat sebelah kanan tu ada washing machine - boleh guna masukkan coin.
Pintu-pintu tu le ruang shower, masuk pintu tu ada ruang tukar pakaian tolak pintu kedua baru jumpa shower. Kat rak sebelah kiri tu ada sikat,cotton bud dan tisu - ambil je percuma.
Ruang shower - sabun dan shampoo janama Shiseido.
Hari pertama sampai ingat nak rehat-rehat je. Tapi sebab dah
puas tidur dalam flight tadi boleh le terus jalan-jalan. Apa-apa pun kena makan
dulu baru keluar. Beli air mineral kat 7 eleven lepas tu masak nasi dan lauk
dalam tin.
Pemandangan Nagoya waktu malam :
Banyak betul vending machine, bukan kat Nagoya ni je, di semua tempat ada. Lepas tu letak je kat mana-mana, vending machine kat celah-celah pokok pun ada.


















nice!! uniknye logo llki kt surau tuh. surau pon bersih n kemas
ReplyDeletewahh bestnya.... lepas ni bolehlah jadi kita orang punya agen trip pi Jepun
ReplyDelete